pages

Pengikut yang setia aishiteru!

Anda tekan! Anda Pandai...

Detik Semakin Hampir

25/11/2011
 
 
 
 
 
Duha itu tepu dengan kegelisahan.
Senyuman yang dilemparkan baginda SAW kepada Abu Bakar dan sahabat  semasa  mereka mengerjakan solat Subuh tadi,benar-benar mengubat rindu mereka.Namun,para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika,dan mereka akan kembali merindui wajah itu,buat selamanya.Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan.Ia adalah senyuman perpisahan.
Badan  baginda SAW semakin panas.Sesekali ada dengusan yang keras daripada nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.
“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani,mereka menjadikan kubur-kubur nabi mereka sebagai masjid!” Bibir baginda SAW masih tidak berhenti menuturkan amanat-amanat penting untuk umat yang bakal dilambai perpisahan.
Aisyah r.ha. meneruskan catatannya:
Aku melihat sendiri Rasulullah SAW mendepani kematian baginda.Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi SAW tidak akan meninggal dunia sehinggalah baginda membuat pilihan antara dunia dan akhirat.
Tatkala baginda SAW semakin gering mendepani kematian,dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah berkata,”Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para nabi,siddiqin,syuhada dan solihin,dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!”
Dan tahulah kami,baginda SAW telah menyempurnakan pilihannya itu.
Dalam kegeringan itu,aku sandarkan tubuh Rasulullah SAW rapat ke dadaku.Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian,baginda SAW berbicara: “Allahumma,ampunkanlah diriku,rahmatilah aku,dan temukanlah aku dengan-MU,Temanku yang Maha Tinggi.”
Ketika  baginda SAW bersandar di dadaku,datang adikku,Abdul Rahman bin Abi Bakar dengan siwak yang basah di tangannya.Aku menyedari yang baginda SAW merenung siwak itu,sebagai isyarat yang baginda menggemarinya.Apabila ditanya,baginda mengangguk tanda mahukan siwak itu.Lalu kulembutkan siwak itu untuk baginda dan kuberikan kepadanya.Baginda cuba untuk melakukannya sendiri,tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena mulut baginda,ia terlepas dari tangan Rasulullah SAW pada detik akhirnya di dunia ini,dan detik pertamanya di akhirat nanti.
Di sisinya ada sebekas air.Baginda mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata, “Laa Ilaaha Illallaah!” Sesungguhnya kematian ini sakitnya amat pedih hingga memabukkan! Allahumma,bantulah aku mendepani Sakaratul al-Maut ini!’
Baginda SAW mengangkat jari kirinya ke langit lalu berkata: ‘Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!’
Tangan itu layu.Jatuh ke dalam bejana.Leher baginda SAW terkulai di dada Aisyah.
Pencinta Illahi yang rebah dalam pelukan isteri tercinta.Melambai pergi ummah yang dirindui.Pencinta yang agung itu telah mati.Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.
                Innaa Lillaah wa Innaa Ilaihi Raaji’un.
Sesungguhya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi.Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Al-Ahzaab:56)
Kami rindukanmu.
Murabbi cinta!

Note~fiqa sedih baca coretan ni...fiqa yg coretkan sendiri n just ambik isi2 dalam buku....entahlah tiba2 jer fiqa nk post pasal Nabi..fiqa rindu sngat ngn Rasulullah SAW...so hampa amik lah teladan dan pengajaran dari kisah benar di atas ni...fiqa x mereka cerita...ini kisah benar....fiqa nangis jer baca..huhu :( hope hepy!
so fiqa nak sama2 kita download lagu ni=
x rugi download pun... :)


Suka? Tenkiu sbb bca...follow! Tgl jejak! ok! Aishiteru

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...