pages

Pengikut yang setia aishiteru!

Kehidupan Di Universiti

2 comments

Kehidupan di Universiti memang seronok, tetapi dalam keseronokan terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh seorang pelajar yang belajar di Universiti tidak kira IPTA atau IPTS..Jika sudah selangkah masuk ke alam Universiti, anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.




Kat atas tu serba sedikit gambar saya dan kawan2 kelas di Universiti serta akviti yang saya sertai...Sikit dah la gmbr..bnyk2 nnti jatuh hati plak..hahahahha

Saya sebagai pelajar tahun akhir di Universiti Selangor iaitu sebuah Universiti Swasta tetapi di bawah Kerajaan Selangor, oleh itu pembiayaan untuk yuran Universiti Selangor adalah antara Universiti Swasta yang murah... 

Awal semester memang seronok dengan kehidupan di sini, tetapi apabila sudah bergelar pelajar tahun akhir, bermacam-macam masalah yang menimpa diri ini, dari segi wang, fizikal dan mental..

Bukan hanya di Universiti Selangor sahaja yang perlu bersedia dari segi mental dan fizikal malah untuk ke Universiti lain juga perlu bersedia dengan semua perkara tersebut.

Maaf jika penulisan saya kali ini agak formal ..hahaha mungkin sudah meningkat dewasa dan gaya penulisan berbanding semasa umur remaja dan budak2 dulu lain..tapi jangan risau saya still orang yang sama mungkin cara pemikiran tu saja kot yang lain..

Tu ja la yang saya dapat simpulkan di sini tentang kehidupan saya semenjak saya belajar di Universiti.. 

Jika ada kelapangan waktu, insyaAllah saya akan menulis kembali,,,
terima kasih pada yang masih setia dengan saya..

Assalamualaikum...Bye..


Suka? Tenkiu sbb bca...follow! Tgl jejak! ok! Aishiteru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...